Mesyuarat Kesma

 

Tarikh : 28.2.2020

Perkara : Mesyuarat Agung Kesma

_________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 24.2.2020

Perkara : Mesyuarat Agung KESMA

 

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik,

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik, Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi Mahkamah Kuala Lumpur (KESMA) Kali Ke-8 Sesi 2020/2021 akan diadakan pada hari Jumaat ini, 28 Februari 2020, jam 2.45 petang bertempat di Ruang Legar Perpustakaan, Aras 7, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. 

 

3. Bersama-sama ini dilampirkan sekali lagi Notis Mesyuarat, Laporan Tahunan KESMA, Borang Proxy, Borang Kehadiran, Borang Cadangan Usul dan Borang Pencalonan untuk rujukan dan tindakan YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik jua. 

 

4. Oleh itu, pohon kerjasama YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik untuk mengisi Borang-Borang yang berkenaan dan Borang-Borang yang telah siap diisi boleh dihantar kepada Puan Haleez binti Hasnan, Setiausaha KESMA 2019/2020 melalui emel di haleez@kehakiman.gov.my pada atau sebelum 26 Februari 2020 (Rabu) jam 5.00 petang. 

 

5. Segala kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik amat dihargai.


Sekian, terima kasih.

 

Saya yang menjalankan amanah,

               

FATIN AFIQAH BINTI MOHAMED SHAH

Bahagian Urusetia 

Mesyuarat Agung Tahunan KESMA 2020/2021

Melayu