Berita KESMA 2020-2021

 

Tarikh : 18.9.2020

Perkara : Program Memasak Bubur Asyura & Lambuk Anjuran Bersama KESMA & PDRM Cawangan Mahkamah Kuala Lumpur

 

Alhamdulillah satu program memasak Bubur Asyura & Lambuk telah dijalankan dengan kerjasama pihak KESMA & PDRM  Cawangan Mahkamah Kuala Lumpur. Aktiviti program ini telah dimulakan sejak hari khamis 17.9.2020 dengan penyediaan bahan bubur seperti pemotongan dan pengisaran bawang, persiapan daging dan lain lain lagi oleh anggota PDRM.

 

Program memasak bubur telah mula dijalankan seawal jam 8.00 pagi di Aras B2 dengan 2 buah kuali bagi bubur asyura dan satu periuk bagi bubur lambuk. Bahan-bahan bubur ini adalah sumbangan ikhlas dari kakitangan dan pegawai PDRM & Mahkamah Kuala Lumpur. Ini merupakan program yang pertama pernah diadakan dan sambutan diberikan amat menggalakan dan meriah sekali.

 

Program telah tamat pada jam 4.00 petang apabila bubur telah masak dan sedia diedarkan kepada orang ramai. Kesemua petugas telah bertungkus lumus membungkus dan menghantar bubur kepada penerima-penerima di kalangan warga Mahkamah Kuala Lumpur dan PDRM.  Syabas bagi anggota PDRM dan petugas Mahkamah Kuala Lumpur yang telah menjayakan program julung kalinya ini. 

__________________________________________________ 

Tarikh : 18.9.2020

Perkara : Majlis Tahlil & Penyerahan Sumbangan kepada Waris Allayarham Badrul Ridzuan B. Mohad Zahri

Program ini telah dijalan pada 18.9.2020 pada jam 8.30 pagi dengan bacaan tahlil dan doa bagi sahabat yang telah mendahului dari rakan-rakannya. Seramai 50 warga Mahkamah Kuala Lumpur telah hadir dengan kehadiran juga Balu kepada Allahyarham iaitu Puan Norhidayah Bt Ahmad Umar berserta 2 orang anaka yang berusia 7 dan 10 tahun dan ibu mertuanya.

Penyerahan sumbangan sebanyak RM7300.00 telah dijalankan oleh Pengerusi KESMA Datin Sabariah Bt Othman dan Tuan Ahmad Kamar B. Jamaludin Pengarah Mahkamah Kuaa Lumpur.  

______________________________________________________

Tarikh : 17.9.2020

_____________________________________________

Tarikh : 14.9.2020

__________________________________________

Tarikh : 9.9.2020

Perkara : Kutipan Sumbangan Ikhlas Bagi Program Masak Bubuk Asyura & Lambuk

___________________________________________

Tarikh : 9.9.2020

Perkara : Ucapan Takziah Kepada Dinacharagi A/P Thangarajoo

 

________________________________________________

Tarikh : 3.9.2020

Perkara : Kutipan Derma Untuk Keluarga Arwah Badrul Ridzuan Bin Mohd Zahri

______________________________________________________

Tarikh : 3.9.2020

Perkara : Takziah Buat Santha A/P Rajan

________________________________________________

Tarikh : 2.9.2020

Perkara : KesmaCare 2020

Pihak Kesma telah mengiatkan semula program KesmaCare yang telah dimulakan sejak tahun 2018. Program KesmaCare ini bertujuan untuk membantu mana-mana individu yang mengalami kesempitan sara hidup dan meringankan beban tanggungan di saat-saat yang amat memerlukan.

Program ini bertujuan untuk menyalur bantuan secara ikhlas oleh penderma kepada individu yang memerlukan tanpa sebarang syarat dikenakan. Kesinambungan program ini diharapkan dapat membantu serba sedikit kepada individu yang sangat memerlukan  dan mewujudkan wargakerja mahkamah Kuala Lumpur yang prihatin dan penyayang.

 

Sumbangan boleh disalurkan kepada wakil-wakil yang telah dilantik oleh Biro Kebajikan & Agama KESMA bagi menguruskan sumbangan yang didapati dari penderma yang ikhlas. Wakil-wakil tersebut adalah:-

Bil

Nama

Bahagian / Unit

1.

Harmi Thamri Bin Mohamad

Mahkamah Sesyen [Sivil 5], Aras 2 Kanan

2.

Ashraf Rezal Bin Abdul Manan

Unit Hakim Pengurus Mkh Tinggi Dagang, Aras 5

3.

Mazlina Bt Mohd Madlan

Bahagian Kebankrapan, Aras 2

4.

Sukri Bin Wan Chik

Unit Pelaksanaan Mkh Rendah,Aras 2 Kiri

5.

Rusdi Bin Mohd Yusuff

Bahagian Surat Kuasa Wakil, Aras 1 Kanan

6.

Mohd Juzailie Bin Sahlan

Unit Fail-Fail Lama, Aras 2 Kanan

7.

Muhammad Zulkpeli Bin Muhammad Zakaria

Bilik Fail Mkh Tinggi Dagang, Aras 2, Kanan

8.

Nurhafizhoh bt. Abdullah @ Yusof 

Mkh Sesyen Sivil 1, Aras 3 Kanan

9.

Siti Hajaar bt Laji

Mkh Sesyen Jenayah 6, Aras 4 Kanan

 

Sebarang pertanyaan berkenaan program KesmaCare ini boleh dirujuk pada link yang tertera dibawah :-

1. Objektif KesmaCare

2. Tatacara KesmaCare

__________________________________________________

Tarikh : 02.09.2020

Perkara : Jemputan Majlis Bacaan Yassin Di Taska Mahkamah Kuala Lumpur

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,

 

YBhg.Datuk / Dato`/Datin/Tuan /Puan,

 

MAJLIS BACAAN YASSIN ANJURAN BIRO KEBAJIKAN DAN AGAMA KESMA

Sehubungan itu, YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan dijemput hadir ke majlis tersebut. Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.


 

Unit Pentadbiran Am dan Fail

Bahagian Pengurusan

Mahkamah Kuala Lumpur

____________________________________________

Tarikh : 27.8.2020

Perkara : Ucapan Takziah kepada Almarhum Badrul Ridzuan Bin Mohad Zahri

_________________________________________

Tarikh : 27.8.2020

Perkara : Kempen Derma Darah Mahkamah Kuala Lumpur

Tempat : Aras 1 / Lobi

 

___________________________________________

Tarikh : 27.8.2020

Perkara : Sumbangan Kepada Ahli Yang Menimang Cahaya Mata Pertama

 

Pihak KESMA dengan berbesar hati telah menyumbang kepada Ahli KESMA yang menimang Cahaya Mata Pertama. Mereka adalah :-

  1. Mohd Hasrul Bin Md Zuki
  2. Mohd Hafiz Bin Ismail
  3. Mohd Rusidi Bin Ab. Rahman
  4. Puan Puteri Nursheila Bt Rahimi
  5. Siti Aisyah Bt Mahmood
  6. Siti Khadijah Fajariah Bt Ahmad Kamal
  7. Zafirah Syazana Bt Zakaria
  8. Rahman Bin Halidi

Ahli Jawatankuasa

Biro Kebajikan & Keagamaan

KESMA 2020-2021

 

________________________________________________

Tarikh : 19.8.2020

Perkara : Kempen Derma Darah

______________________________________

Tarikh : 17.8.2020

Perkara : Ucapan Takziah

___________________________________________________

Tarikh : 10.8.2020

Perkara : Sumbangan kepada mangsa banjir Jurubahasa Sasirekha a/p Makalingam

Jumlah : RM3,080.00 (Kutipan daripada Pegawai dan kakitangan Mahkamah Kuala Lumpur)

 

_______________________________________________

Tarikh : 15.6.2020

___________________________________________________________

Tarikh : 5.5.2020

Perkara : Makluman Pemergian  Puan Yusnida Binti Yunus, Pembantu Tadbir Unit Stor Alat Tulis Bahagian Pengurusan Mahkamah Kuala Lumpur

 

YBhg.Datuk / Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.  

 

2. Dengan rasa sedih dan dukacita dimaklumkan bahawa Puan Yusnida binti Yunus,Pembantu Tadbir (P/O) Unit Stor Alat Tulis, Bahagian Pengurusan Mahkamah Kuala Lumpurtelah kembali ke rahmatullah sebentar tadi, 5 Mei 2020,jam 12.59 tengahari.

 

3. Sehubungan dengan berita sedih ini, seluruh warga Mahkamah Kuala Lumpur ingin merakamkan ucapan takziah kepada  keluarga Allahyarhamah seterusnya marilah bersama-sama kita menghadiahkan al-Fatihah dan mendoakan semoga Allah S.W.T mencucurkan rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamiin.

 

4. Sekian untuk makluman  YBhg.Datuk / Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan.

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

_____________________________________________________________________________________________

 

Tarikh : 24hb Mac 2020

Perkara : Bantuan Kelab Sukan, Kebajikan Dan Rekreasi Mahkamah Kuala Lumpur (KESMA) kepada Ahli Kelab semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Wabak Virus Covid 19.

Penerima Sumbangan : 16 Orang Ahli KESMA

Sumbangan : Berupa Bahan Makanan, Minuman & Wang Tunai

 

Melayu