Pusat Mediasi Mahkamah Negeri

 

LAPORAN RINGKAS

PUSAT MEDIASI MAHKAMAH NEGERI MELAKA (MelMC)

PENDAHULUAN

            Penubuhan Pusat Mediasi adalah bertujuan untuk menggalakkan penyelesaian kes tanpa melalui perbicaraan penuh. Ini kerana mediasi merupakan satu alternatif kepada penyelesaian kes. Memandangkan Pusat Mediasi Mahkamah Melaka di Tingkat 2, Blok D, Kompleks Mahkamah Melaka masih dalam peringkat penambahbaikan, maka setelah perbincangan diadakan dengan semua Ketua Unit Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah, telah dipersetujui sepertimana yang berikut:

  1. MEDIATOR
  • Semua Pegawai Mahkamah Negeri Melaka akan bertugas mengikut giliran.
  • Senarai giliran akan diselia oleh Puan Manochitra a/p Subramaniam.
  • Pegawai-pegawai Mahkamah Tinggi akan menjalankan mediasi bagi kes-kes Mahkamah Tinggi melainkan terdapat keperluan untuk dijalankan oleh para Pegawai Mahkamah Rendah.
  • Mediasi bagi kes-kes Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret akan dijalankan oleh Pegawai-pegawai Mahkamah Rendah melainkan terdapat keperluan untuk dijalankan oleh para Pegawai Mahkamah Tinggi.

 

  1. CARTA ALIRAN KERJA PUSAT MEDIASI
  • Lihat Lampiran A

 

  1. NOMBOR RUJUKAN PUSAT MEDIASI
  • No rujukan kes-kes yang didaftarkan di Pusat Mediasi adalah sepertimana berikut:
  • Mahkamah Tinggi : MelMC(H)-01-04/2017 (contoh)
  • Mahkamah Sesyen : MelMC(S)-01-04/2017(contoh)
  • Mahkamah Majistret : MelMC(M)-01-04/2017 (contoh)

 

  1. KETUA PUSAT MEDIASI
  • Tuan Meor Sulaiman bin Ahmad Tarmizi

 

  1. PETUGAS DI PUSAT MEDIASI
  • Bagi kes-kes Mahkamah Rendah petugas Pusat Mediasi ialah :
  • Puan Manochitra a/p Subramaniam
  • Encik Lee See Pin
  • Bagi kes-kes Mahkamah Tinggi petugas di Pusat Mediasi ialah :
  • Puan Hafizah bt Zulkurnain

 

  1. STATISTIK
  • Petugas-petugas di atas hendaklah menyerahkan statistik pelupusan mediasi di Unit masing-masing kepada Puan Manochitra a/l Subramaniam untuk disatukan sebagai statistik Pusat Mediasi.

 

  1. KES KEMALANGAN JALAN RAYA
  • Tuan Hj Mohd Nasir bin Nordin sendiri yang akan menjalankan mediasi bagi kes-kes Kemalangan Jalan Raya.

 

PENUTUP

            Kesemua Pegawai dan Petugas Pusat Mediasi Mahkamah Melaka diharap dapat memberikan kerjasama yang baik bagi memastikan kejayaan Pusat Mediasi Mahkamah Melaka selaras dengan misi Jabatan yang menggalakkan mediasi sebagai satu alternatif kepada penyelesaian kes.

 

 

Malay