ASNB Starz Awards Nite 2017

 

Tahniah diucapkan kepada Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) atas penganugerahan Recognition Award (Excellent Service) sempena ASNB Starz Awards Nite 2017 yang diadakan di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur pada 2 Mac 2018. Anugerah ini diberikan oleh pihak ASNB sebagai menghargai perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Mahkamah terutamanya Bahagian Surat Kuasa Wakil (BSKW) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Ini kerana BSKW telah berjaya memproses dokumen surat kuasa wakil dalam masa yang singkat dan secara tidak langsung mempercepatkan urusan pemberian hibah amanah oleh pihak ASNB. Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg Dato' Sri Latifah binti Haji Mohd Tahar, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia yang turut menerima anugerah tersebut bagi pihak PKPMP. Tahniah sekali lagi diucapkan. #MYJudiciary

 

PEJABAT KETUA PENDAFTAR
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506,
Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Faks 03 8880 3886
Emel webmaster@kehakiman.gov.my

    

qr code

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.