e-Jurubahasa

e-Jurubahasa

 

Unit Sijil Amalan Guaman (USAG) bertanggungjawab mengurus dan membekalkan perkhidmatan Jurubahasa Asing bagi kes jenayah di Mahkamah di seluruh Malaysia. Ini termasuklah kes-kes jenayah yang melibatkan Orang Kena Tuduh (OKT) mahupun saksi yang memerlukan penterjemah dalam bahasa asing, bahasa isyarat, dialek Sabah dan Sarawak dan juga bahasa orang Asli.

 

Permohonan bagi mendapatkan khidmat jurubahasa ini perlu dibuat secara atas talian dengan menggunakan aplikasi eJurubahasa.

 

Aplikasi ini boleh diakses oleh Pengguna iaitu  Mahkamah di seluruh Malaysia dengan memasukkan pengenalan pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan. Melalui aplikasi ini, Pengguna hanya perlu memasukkan tarikh perkhidmatan jurubahasa diperlukan, butiran kes dan seterusnya memilih jenis bahasa yang diperlukan. Buat masa ini terdapat 268 bahasa serta dialek yang ditawarkan melalui aplikasi ini dan ia bertambah dari semasa ke semasa bergantung kepada permintaan mahkamah di seluruh Malaysia.

 

Sejurus permohonan diterima daripada Pengguna, USAG selaku Pentadbir Sistem akan melantik jurubahasa yang berdaftar dengannya untuk hadir ke Mahkamah seperti yang dipohon oleh Pengguna. Jurubahasa boleh menerima mahupun menolak tawaran yang diberikan melalui aplikasi sama. Sekiranya tawaran ditolak, USAG akan menawarkan tugasan kepada jurubahasa lain. Persetujuan penerimaan lantikan oleh jurubahasa ini akan dikemaskini oleh USAG untuk makluman Pengguna.

 

Melalui aplikasi ini juga, para Pengguna dikehendaki membuat pengesahan kehadiran dan jumlah jam perkhidmatan yang telah diberikan oleh jurubahasa ini di Mahkamah. Pengesahan kehadiran ini adalah diperlukan bagi tujuan pembayaran elaun kepada jurubahasa.

 

 

Aplikasi ini turut menyediakan ruang khas bagi Pengguna untuk membuat aduan rasmi mengenai perkhidmatan jurubahasa yang dilantik hadir ke Mahkamah. Ruang aduan ini membolehkan USAG memantau mutu perkhidmatan seseorang jurubahasa yang dilantik dan secara tidak langsung penambahbaikan dapat dilakukan.

 

Aplikasi ini membolehkan semua urusan berkaitan permohonan jurubahasa, pelantikan, pengesahan kehadiran dan penjanaan tuntutan elaun jurubahasa dibuat secara atas talian tanpa perlu melalui proses manual yang panjang dan rumit.

 

Sistem e-Jurubahasa boleh dicapai  melalui http://ejurubahasa.kehakiman.gov.my/

 

 

 

PEJABAT KETUA PENDAFTAR
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506,
Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Faks 03 8880 3886
Emel webmaster@kehakiman.gov.my

    

qr code

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.