e-Lelong

 

Sistem lelong awam secara atas talian yang lebih dikenali sebagai Sistem e-Lelong mengendalikan Lelong Awam Harta Tak Alih bagi kes-kes halang tebus di Mahkamah Tinggi Malaya secara atas talian mengikut masa sebenar. Hartanah-hartanah yang akan dipaparkan untuk dilelong melalui Sistem e-Lelong ini adalah melibatkan hartanah-hartanah yang dilelong oleh Mahkamah Tinggi.
 
Projek Perintis sistem e-Lelong ini hanya akan dilaksanakan bagi kes-kes yang didaftarkan di  Mahkamah Tinggi Kuantan sahaja bermula 1 Jun 2017 dan ianya akan diperluaskan di 14 lokasi Mahkamah Tinggi Malaya yang lain. Lelong awam yang dijalankan secara dalam talian ini akan diselia oleh Timbalan Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar di Pusat Operasi e-Lelong yang ditempatkan di Kompleks Mahkamah Kuantan, Pahang.
 
Sistem e-Lelong ini bukan sahaja memudahkan aktiviti lelong awam, malah dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh Mahkamah. Sistem e-Lelong akan menukarkan proses lelong awam secara manual kepada proses lelong awam secara atas talian mengikut masa sebenar. Ini membolehkan para pembida membuat bidaan secara dalam talian tanpa perlu hadir ke Mahkamah. Melalui sistem e-Lelong juga identiti pembida adalah dirahsiakan bagi memastikan tiada ketirisan maklumat dan pembida juga boleh membuat bidaan tanpa sebarang tekanan dan campurtangan daripada pihak ketiga atau sindiket.

Sistem e-Lelong boleh dicapai menerusi pautan  https://elelong.kehakiman.gov.my/bidderweb

 

 

PEJABAT KETUA PENDAFTAR
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506,
Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Faks 03 8880 3886
Emel webmaster@kehakiman.gov.my

    

qr code

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.