Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

JAWATAN KOSONG

PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)

JURUBAHASA (BAHASA CINA)

1. Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi segera kekosongan Pekerja Sambilan Harian (PSH). Syarat lantikan bagi jawatan tersebut adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda daripada institusi pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

Kadar Upah (mengikut kelayakan):

  1. Sijil Pelajaran Malaysia – RM54/hari
  2. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia / Diploma – RM72/hari
  3. Pemegang Ijazah Sarjana Muda – RM100/hari
  • Fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.(Keutamaan kepada calon yang mahir dalam dialek Mandarin, Kantonis, Hokkien dan Hakka)
  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi.

2. Maklumat umum berkaitan jawatan yang dimohon:

  • Kekosongan adalah di mahkamah seluruh Malaysia.
  • Waktu Bekerja:

Hari     :          Isnin – Jumat (tidak termasuk cuti umum)

Masa   :          8.00 pagi – 5.00 petang

  • Maklumat tugas adalah membantu melaksanakan tugas penterjemahan bahasa secara lisan dan tulisan serta pelaksanaan urusan/program khas berkaitan operasi mahkamah.

 

3. Cara memohon:

  • Semua pemohon perlu mengemukakan Borang Permohonan Jawatan Kosong (muat turun di Portal Istana Kehakiman iaitu http://www.kehakiman.gov.my) : Borang Jawatan Kosong (klik untuk muat turun) , Borang Maklumat Diri (Resume), sekeping gambar berukuran pasport dan salinan kad pengenalan.
  • Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditanda “PEKERJA SAMBILAN HARIAN” di sebelah kiri atas sampul surat.
  • Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
  • Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis ke alamat:

 

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

Jabatan Perdana Menteri

Aras 3, Persiaran Perdana, Presint 3

62150 Putrajaya

Wilayah Persekutuan Putrajaya

 

4. Pertanyaan

Sebarang pertanyaan berhubung tawaran ini boleh menghubungi talian 03-88803871 (Puan Rosni), 03-88803820 (Puan Azizah) atau 03-88803817 (Puan Ismariatul Airin)