Ketua Hakim Negara

HAKIM BESAR SABAH DAN SARAWAK

YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum
Ketua Hakim Negara
PSM, SPSK, SSAP, SPDK, SIMP, PGDK

Yang Amat Arif Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum dilahirkan di Tuaran, Sabah. Beliau memulakan persekolahannya di peringkat rendah dan sekolah menengah di Kota Kinabalu, Sabah.

 

Setelah memperoleh ijazah undang-undang, Yang Amat Arif Tan Sri telah berkhidmat di Jabatan Ketua Menteri, Sabah dan ditugaskan sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah.

 

Pada tahun 1981, Yang Amat Arif Tan Sri telah meletak jawatan di Pejabat Peguam Besar Negeri dan seterusnya menyertai bidang kerjaya guaman persendirian di Kota Kinabalu. Pada waktu itu beliau telah  menjadi Presiden Persatuan Undang-Undang Sabah. Pada awal 1992 beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.

Yang Amat Arif Tan Sri, merupakan anak kelahiran bumiputera Sabah yang pertama dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Mahkamah tertinggi di dalam negara ini. sejak terbentuknya Malaysia, beliau menjadi rakyat Sabah yang pertama diangkat sebagai Hakim Besar, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dan kini Ketua Hakim Negara.

 

Alamat :
Pejabat Ketua Hakim Negara
Aras 5 , Istana Kehakiman
Presint 3,
62506 Putrajaya

+603 8880 3502  +603 8880 3507

 cj@kehakiman.gov.my

PEJABAT KETUA PENDAFTAR
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506,
Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Faks 03 8880 3886
Emel webmaster@kehakiman.gov.my

    

qr code

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.