Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

img

 

MAHKAMAH PERSEKUTUAN

BIDANG KUASA MAHKAMAH PERSEKUTUAN

1. Bidang Kuasa Asal :

  • Menentukan (a) Kesahihan sesuatu undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Badan Perundangan sesuatu Negeri (b) Pertikaian atas apa-apa soal lain antara Negeri dengan Negeri atau antara Persekutuan dengan mana-mana Negeri.

2. Bidang Kuasa Rayuan :

  • Mendengar rayuan dari Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

3. Bidang Kuasa Penyemakan :

  • Memutuskan apa-apa soal berbangkit di Mahkamah kesan daripada mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

4. Bidang Kuasa Penasihat :

  • YDPA boleh merujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk pendapat atau nasihat mengenai kesan peruntukan Perlembagaan dan mengumumkan pendapatnya di Mahkamah Terbuka.