Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan Malaysia

Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan merupakan bahagian yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan pengurusan kes-kes yang difailkan di Mahkamah Persekutuan. Pejabat ini menyediakan khidmat sokongan perundangan untuk membolehkan Mahkamah Persekutuan mendengar dan menyelesaikan kes dengan lancar dan licin. Demi kepentingan undang-undang dan juga orang awam, bahagian ini bertanggungjawab memastikan kendalian dan pelupusan kes di Mahkamah Persekutuan dilaksanakan dalam jangkamasa yang ditetapkan dengan mengambil kira kerjasama semua pihak yang terlibat.

Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan ini diketuai oleh Timbalan Kanan Pendaftar dengan dibantu oleh beberapa orang Timbalan Pendaftar dan Penolong Kanan Pendaftar. Bahagian ini merangkumi Unit Pentadbiran, Unit Rayuan Sivil, Unit Rayuan Jenayah, Unit Permohonan Sivil, Unit Sabah & Sarawak dan Unit Pengurusan Kes.

Fungsi Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan antara lain adalah seperti berikut:

  • Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran am bagi memastikan sistem penyampaian yang baik, adil dan saksama di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan.
  • Memastikan pendaftaran dan pemprosesan dokumen-dokumen bagi kes-kes yang difailkan di Mahkamah Persekutuan dilaksanakan dengan lancar dan cepat.
  • Menjalankan pengurusan kes bagi memastikan kes dapat ditetapkan untuk perbicaraan di hadapan Panel Hakim Mahkamah Persekutuan dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Mengendalikan tugasan di Mahkamah terbuka bagi membantu Panel Hakim Mahkamah Persekutuan untuk memastikan persidangan di Mahkamah Persekutuan berjalan dengan lancar.
  • Menyemak dan meluluskan deraf perintah dan perintah bermeterai yang difailkan di Mahkamah Persekutuan dengan memastikan ianya selaras dengan perintah yang diberikan oleh Panel Hakim Mahkamah Persekutuan. Pejabat Pendaftaran juga bertanggungjawab menyelesaikan apa-apa pertikaian berkaitan dengan perintah yang difailkan.

 

Alamat
Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan Malaysia:
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Aras 2 Utara, Istana Kehakiman
Presint 3,
62506 PUTRAJAYA

 603-8880 3500 (Operator)

PEJABAT KETUA PENDAFTAR
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506,
Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Faks 03 8880 3886
Emel webmaster@kehakiman.gov.my

    

qr code

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.