Sejarah Penubuhan

Mahkamah Agung telah ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Mahkamah Agung digantikan dengan Mahkamah Persekutuan dan tiga Mahkamah Tinggi iaitu Mahkamah Tinggi Malaya, Mahkamah Tinggi Singapura dan Mahkamah Tinggi Borneo. Pada 9 Ogos 1965, Singapura telah membuat keputusan untuk keluar daripada Malaysia. Oleh yang demikian, hanya Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo yang dikekalkan.

Pada 1 Januari 1985, Mahkamah Persekutuan telah dinamakan semula sebagai Mahkamah Agung oleh Akta Perlembagaan (Pindaan) 1983. Selari dengan pindaan tersebut, Artikel 131 yang membenarkan rayuan daripada Mahkamah Persekutuan untuk dirujuk ke Majlis Privy telah dimansuhkan. Pemansuhan artikel tersebut menandakan bahawa proses rayuan ke Majlis Privy telah berakhir. Pemansuhan Artikel 131 membawa maksud proses rayuan yang sedia ada telah diubah daripada dua peringkat kepada satu peringkat sahaja. Pada tahun 1994, Mahkamah Agung bertukar semula kepada nama Mahkamah Persekutuan melalui pindaan yang dibuat pada Perlembagaan Persekutuan pada 24 Jun 1994. Gelaran Lord President juga diubah menjadi Ketua Hakim Negara. 

 

PEJABAT KETUA PENDAFTAR
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506,
Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Faks 03 8880 3886
Emel webmaster@kehakiman.gov.my

    

qr code

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.