Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan Malaysia

Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan bertanggungjawab ke atas pentadbiran Mahkamah Rayuan Malaysia. Ianya diketuai oleh Pendaftar Mahkamah Rayuan dan dibantu oleh Timbalan Kanan Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan juga Penolong Kanan Pendaftar.

 

Pejabat ini bertanggungjawab melaksanakan arahan yang diberikan oleh YAA Presiden Mahkamah Rayuan dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Pejabat ini bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pentadbiran am dan kehakiman dengan memastikan yang berikut :-

  1. pendaftaran dan pemprosesan dokumen-dokumen bagi kes-kes Rayuan;
  2. pengurusan kes sebelum tarikh bicara ditetapkan;
  3. persidangan di Mahkamah Terbuka;
  4. pemprosesan draf perintah dan perintah yang bermeterai selepas persidangan selesai dilaksanakan dengan baik, lancar, efisien, cepat, adil dan saksama.

 

Pejabat ini juga menyediakan dan mengeluarkan arahan amalan dan pekeliling Presiden Mahkamah Rayuan selaras dengan keperluan semasa. Selain itu, Pejabat ini juga menyelia keperluan logistik, aset dan inventori serta memantau perjalanan kes dan statistic bagi Mahkamah Rayuan Malaysia. Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan juga bertanggungjawab untuk menyelia keselamatan dalaman dan luaran Mahkamah Rayuan Malaysia.

 

Alamat:
Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan Malaysia
Mahkamah Rayuan Malaysia, Aras 2,
Istana Kehakiman, Presint 3,
 62506 PUTRAJAYA

 603-8880 3500 (Operator)

PEJABAT KETUA PENDAFTAR
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506,
Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Faks 03 8880 3886
Emel webmaster@kehakiman.gov.my

    

qr code

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.