Sejarah Penubuhan

Di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Mahkamah Rendah telah ditubuhkan melalui Akta Mahkamah Rendah 1948. Mulai 1 Jun 1981, penggunaan dan pemakaian Akta Mahkamah Rendah 1948 diperluaskan lagi kepada Sabah dan Sarawak.

 

Beberapa perubahan penting juga telah dibuat berhubung dengan Mahkamah Rendah di seluruh negara. Istilah Mahkamah Majistret Kelas Pertama dan Mahkamah Daerah ditukarkan kepada Mahkamah Sesyen, sementara Mahkamah Majistret Kelas Kedua, Majistret Kelas Ketiga, Mahkamah Polis, Mahkamah Puncak Kecil dan Mahkamah Kecil telah dinamakan semula sebagai Mahkamah Majistret.

 

Daripada segi gelaran pula, Mahkamah Majistret dan Majistret Kelas Pertama ditukarkan kepada Presiden Mahkamah Sesyen yang kemudiannya dikenali sebagai  Hakim Mahkamah Sesyen melalui pindaan yang dibuat di bawah Akta Mahkamah Rendah (Pindaan) 1987. 

 

 

PEJABAT KETUA PENDAFTAR
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506,
Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Faks 03 8880 3886
Emel webmaster@kehakiman.gov.my

    

qr code

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.