Hakim Besar Sabah dan Sarawak

HAKIM BESAR SABAH DAN SARAWAK

YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum
Hakim Besar Sabah dan Sarawak
PSM, SPSK, SSAP, SPDK, SIMP, PGDK

 

Yang Amat Arif Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum dilahirkan pada bulan Oktober, 1952 di Tuaran, Sabah. Beliau memulakan persekolahannya di peringkat rendah dan sekolah menengah di Kota Kinabalu, Sabah. 

YAA Tan Sri telah memulakan kerjayanya di Jabatan Pelajaran, Jabatan Pertanian, Jabatan Televisyen dan Radio, dan di Jabatan Kebajikan Negeri. Pada tahun 1972, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi Mara di Shah Alam, Selangor (sekarang dikenali sebagai Universiti Institut Teknologi Mara) sebagai pelajar luar kampus University of London dalam bidang Undang-Undang dan telah dianugerahkan Bachelor of Laws (LL.B)(Hons)(London) pada 1975.

Setelah memperoleh ijazah undang-undang, YAA Tan Sri telah berkhidmat di Jabatan Ketua Menteri, Sabah dan ditugaskan sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah.

Pada tahun 1976 YAA Tan Sri telah melanjutkan pelajaran di London dan berjaya menghabiskan pengajian “Bar-at-Law” pada tahun yang sama. Beliau telah dipanggil ke “The English Bar of the Honourable Society of Gray’s Inn” di London. Sekembalinya dari London, beliau kembali berkhidmat di Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah sebagai Pegawai Undang-Undang/Timbalan Pendakwa Raya. Pada tahun 1977, beliau diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara di Sabah, Malaysia. Dan beliau juga diterima masuk ke “The Australian Capitol Territory” (ACT) Bar pada tahun 1991.

Pada tahun 1981, YAA Tan Sri telah meletak jawatan di Pejabat Peguam Besar Negeri dan seterusnya menyertai bidang kerjaya guaman persendirian di Kota Kinabalu. Pada waktu itu beliau telah menjadi Presiden Persatuan Undang-Undang Sabah. Pada awal 1992 beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.

YAA Tan Sri, merupakan anak kelahiran bumiputera Sabah yang pertama dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Mahkamah tertinggi di dalam negara ini. Pada tahun 2006, buat pertama kalinya sejak terbentuknya Malaysia, beliau menjadi rakyat Sabah yang pertama diangkat sebagai Hakim Besar, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Sebelum ini, jawatan tersebut dipegang masing-masing oleh seorang British, seorang dari Semenanjung, Malaysia dan beberapa orang dari Sarawak.

 

ALAMAT
Pejabat Utama:
 Hakim Besar Sabah & Sarawak
 Kamar Hakim Besar Sabah & Sarawak
 Jalan Gersik  93050 Petra Jaya
Kuching SARAWAK
  (082) 449989        (082) 313400
  cjss@kehakiman.gov.my
 
 
Pejabat Putrajaya:
 Hakim Besar Sabah & Sarawak
 Kamar Hakim Besar Sabah & Sarawak
 Aras 5, Istana Kehakiman
 Presint 3
 62506 PUTRAJAYA
 (03) 88803559        (03) 88883944
 
Pejabat Sabah:
 Hakim Besar Sabah & Sarawak
 Kamar Hakim Besar Sabah & Sarawak
 Mahkamah Tinggi Sabah,
 88809 Kota Kinabalu,
 SABAH
  (088) 523700        (088) 210055 
  cjss@kehakiman.gov.my

PEJABAT KETUA PENDAFTAR
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506,
Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Faks 03 8880 3886
Emel webmaster@kehakiman.gov.my

    

qr code

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.