Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya

Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya adalah bahagian yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran di seluruh Mahkamah Tinggi Malaya. Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya diketuai oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya dan dibantu oleh Timbalan Pendaftar dan Penolong Kanan Pendaftar.

 

FUNGSI

1)  Bertanggungjawab melaksanakan arahan yang diberikan oleh YAA Hakim Besar Malaya, Hakim-Hakim Pengurus dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

2) Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pentadbiran am dan kehakiman di semua Mahkamah Tinggi Malaya di Semenanjung Malaysia bagi memastikan sistem penyampaian yang baik, lancar, efisien, cepat, adil dan saksama.

3) Menyediakan dan mengeluarkan arahan amalan dan pekeliling Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya selaras dengan keperluan semasa.

4) Menyelia hal ehwal surat kuasa mati, penguatkuasaan, kebangkrapan, lelong dan surat kuasa wakil.

5) Mengawalselia Timbalan Pendaftar dan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya di Semenanjung Malaysia.

6)  Menyelia keperluan logistik, aset dan inventori semasa bagi Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya dan seluruh Mahkamah Tinggi Malaya di Semenanjung Malaysia.

7)  Memantau perjalanan kes dan statistik di Mahkamah Tinggi Malaya di Semenanjung Malaysia.

8) Menyelia keselamatan dalaman dan luaran Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah-Mahkamah Tinggi Malaya di Semenanjung Malaysia.

9)  Mengawalselia perjalanan dan pentadbiran Unit Sijil Amalan.

10)  Menguruskan penghantaran dokumen mahkamah di luar bidang kuasa ke luar negara dan ke dalam Malaysia.

11) Menguruskan pendaftaran perintah-perintah berkenaan dengan nafkah dari negara salingan menurut seksyen 3 akta perintah nafkah (kemudahan penguatkuasaan) 1949.

12) Menguruskan permohonan perkhidmatan jurubahasa asing bagi kes-kes jenayah di seluruh Mahkamah Tinggi Malaya di Semenanjung Malaysia.

 

 

ALAMAT
Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Aras 3 (Bangunan Annexe)
Istana Kehakiman,

Presint 3
62506 PUTRAJAYA

+603 8880 3938 +603 8880 3954  

 pmt@kehakiman.gov.my 

PEJABAT KETUA PENDAFTAR
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506,
Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Faks 03 8880 3886
Emel webmaster@kehakiman.gov.my

    

qr code

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.