Sejarah Penubuhan

Di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Mahkamah Agung telah ditubuhkan dan terdiri daripada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Agung kemudiannya telah digantikan dengan Mahkamah Persekutuan dan tiga Mahkamah Tinggi iaitu Mahkamah Tinggi Malaya, Mahkamah Tinggi Singapura dan Mahkamah Tinggi Borneo. Pada tahun 1965, Mahkamah Tinggi hanya terdiri daripada  Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo.

 

Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah serta Sarawak masing-masing dipengerusikan oleh Ketua Hakim Mahkamah masing-masing. Kemudian, gelaran tersebut ditukarkan kepada Hakim Besar menerusi pindaan yang dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan. Pada mulanya, Mahkamah Tinggi Malaya terdiri daripada Ketua Hakim (sekarang Hakim Besar Malaya) dan mempunyai sekurang-kurangnya 4 dan tidak lebih daripada 12 orang Hakim Mahkamah Tinggi. Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak pula terdiri daripada Ketua Hakim (sekarang Hakim Besar Sabah dan Sarawak) dan mempunyai sekurang-kurangnya 4 dan tidak lebih daripada 8 orang Hakim Mahkamah Tinggi.

 

Mengikut peruntukan Perkara 122AA Perlembagaan Persekutuan, bilangan maksimum terkini bagi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya ialah 60 manakala Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak ialah 13. 

PEJABAT KETUA PENDAFTAR
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506,
Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Faks 03 8880 3886
Emel webmaster@kehakiman.gov.my

    

qr code

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.