Majlis Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Hakim Besar Malaya, 17 Julai 2018

Di Majlis ini, Y.A.A. Tan Sri Zaharah binti Ibrahim telah mengangkat sumpah sebagai Hakim Besar Malaya di hadapan Y.A. Datuk Su Geok Yiam, hakim kanan bagi Mahkamah Tinggi Malaya.

Dimaklumkan juga bahawa Y.A.A. Tan Sri Zaharah binti Ibrahim adalah hakim wanita kedua yang menyandang jawatan Hakim Besar Malaya selepas YBhg. Tan Sri Dato' Siti Norma binti Yaakob yang berkhidmat sebagai Hakim Besar Malaya mulai tahun 2005 sehingga 2007.

Turut hadir semasa majlis tersebut adalah YABhg. Tun Arifin bin Zakaria selaku ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, YBhg. Tuan Tommy Thomas, Peguam Negara dan YBrs. Tuan Roger Chan, Setiausaha Majlis Peguam sebagai tetamu kehormat.

 

PEJABAT KETUA PENDAFTAR
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506,
Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Faks 03 8880 3886
Emel webmaster@kehakiman.gov.my

    

qr code

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.