Majlis Pelantikan Ketua Hakim Negara dan Majlis Angkat Sumpah & Taat Setia Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Sabah & Sarawak Jawatan

Majlis bertarikh 12 Julai 2018 yang dihadiri oleh YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum ini diadakan sejurus selepas majlis angkat sumpah YAA di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sebagai Ketua Hakim Negara pada 11 Julai 2018.

Sebelum berlangsungnya Majlis Angkat Sumpah dan Taat Setia tersebut, Upacara Penyerahan Tugas telah diadakan oleh YABhg. Tun Raus Sharif, mantan Ketua Hakim Negara yang telah menyerahkan dokumen serah tugas kepada Ketua Hakim Negara yang baharu.

Juga berlangsung semasa upacara tersebut adalah penyerahan dokumen serah tugas oleh YABhg. Tan Sri Dato' Seri Zulkefli Bin Ahmad Makinudin, bekas Presiden Mahkamah Rayuan kepada YAA Tan sri Dato' Sri Ahmad Bin Haji Maarop, Presiden Mahkamah Rayuan yang baharu.

Majlis Angkat sumpah YAA Tan Sri Dato' Sri Ahmad Bin Haji Maarop sebagai Presiden Mahkamah Rayuan telah dilakukan di hadapan YA Datuk Wira Mokhtarudin Bin Baki, Hakim Mahkamah Rayuan manakala YAA Datuk David Wong Dak Wah telah mengangkat sumpah sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak di hadapan Yew Jen Kie, Hakim Mahkamah Tinggi semasa majlis tersebut.

Turut hadir semasa majlis tersebut adalah YABhg. Tun Arifin Bin Zakaria selaku ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, mantan Ketua Hakim Negara, YABhg. Tun Raus Sharif, YABhg. Tan Sri Dato' Seri Zulkefli Bin Ahmad Makinudin, YBhg. Tuan Tommy Thomas, Peguam Negara dan YBHg.Tuan George Varghese, Presiden Majlis Peguam sebagai tetamu kehormat.

 

 

PEJABAT KETUA PENDAFTAR
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506,
Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Faks 03 8880 3886
Emel webmaster@kehakiman.gov.my

    

qr code

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.