Majlis Penyerahan Mahkamah Baharu Tapah, Perak.

Majlis Penyerahan Projek Mahkamah Baharu Tapah, Perak telah diadakan pada 27 Julai 2018. Majlis ini dihadiri oleh YBhg. Datuk Jalil bin Marzuki, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), YBhg. Dato' Sri Latifah binti Hj. Mohd Tahar, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan & Pembangunan, Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Ir. Muhammad Azman bin Jamrus, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1, YBrs. Puan Sabariah binti Othman, Timbalan Ketua Pendaftar II (Operasi), Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, YBhg. Dato' Julie Lack Abdullah, Pengarah Mahkamah Negeri Perak, para pegawai kehakiman dan kakitangan Mahkamah Negeri Perak. Kompleks Mahkamah Baharu Tapah, Perak ini didirikan di atas tanah seluas 4.9 ekar di Mukim Batang Padang, Perak. Projek ini diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) yang melibatkan kerja-kerja pembinaan sebuah bangunan baharu dengan skop projek 2 bilik bicara iaitu 1 Mahkamah Sesyen dan 1 Mahkamah Majistret. Projek mahkamah ini dipantau oleh Pejabat Jurutera Daerah JKR Batang Padang.

PEJABAT KETUA PENDAFTAR
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506,
Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Faks 03 8880 3886
Emel webmaster@kehakiman.gov.my

    

qr code

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.