Bahagian Pelaporan Undang-Undang

PENGENALAN

Bahagian Pelaporan Undang-Undang merupakan bahagian yang bertanggungjawab dalam mengurus Alasan Penghakiman Mahkamah Rendah. Bahagian ini  diketuai oleh seorang Pengarah Bahagian dan dibantu  oleh  Timbalan Pengarah I dan Timbalan Pengarah II serta beberapa orang Timbalan Pendaftar dan Penolong Kanan Pendaftar. Bahagian ini adalah di bawah seliaan Pejabat Timbalan Ketua Pendaftar I (Polisi).

 

FUNGSI BAHAGIAN

  • Menjadi urusetia yang mengumpul Alasan Penghakiman Mahkamah Rendah untuk penilaian mengikut kriteria yang ditetapkan. Bahagian ini menyimpan rekod Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret yang telah menghantar atau gagal menghantar Alasan Penghakiman setiap bulan dan menyediakan laporan secara berkala untuk diedarkan kepada pihak pengurusan tertinggi.
  • Memilih alasan penghakiman berkualiti yang ditulis oleh Hakim dan Majistret untuk diterbitkan oleh Penerbit Jurnal Undang-Undang terpilih.
  • Menyediakan kata kunci dan ringkasan bagi Alasan Penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret terpilih dan kata kunci bagi semua penghakiman Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan Malaysia sebagai rujukan dan boleh diakses melalui portal eJudgment
  • Mewujudkan arkib dan pusat pendaftaran sehenti bagi pengumpulan semua Alasan Penghakiman Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah sebagai sumber rujukan masa hadapan.

PEJABAT KETUA PENDAFTAR
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506,
Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Faks 03 8880 3886
Emel webmaster@kehakiman.gov.my

    

qr code

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.