Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

YBhg. Dato' Sri Latifah binti Hj. Mohd Tahar
Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

YBhg. Dato' Sri Latifah binti Haji Mohd Tahar dilahirkan pada 10 Ogos 1961. Beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada Universiti Malaya pada tahun 1985 dan Ijazah Sarjana Undang-Undang daripada Universiti of Kent di Canterbury, United Kingdom pada 1998. Dato' Sri Latifah binti Haji Mohd Tahar telah menyertai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada tahun 1985.

YBhg. Dato' Sri Latifah binti Haji Mohd Tahar telah berkhidmat di pelbagai jabatan dan agensi kerajaan semasa menyertai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. Beliau telah memulakan perkhidmatan sebagai Majistret bermula pada tahun 1985 hingga 1989 di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan Ipoh. Seterusnya, beliau telah dilantik menjadi Peguam Cara di Jabatan Pemegang Amanah Raya hingga tahun 1992 dan kemudiannya dilantik menjadi Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Hasil Dalam Negeri hingga tahun 1993. Bermula pada tahun 1994 hingga tahun 1997, YBhg. Dato' Sri Latifah binti Haji Mohd Tahar dilantik menjadi Penasihat Undang-Undang di Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau seterusnya memegang jawatan sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang di Jabatan Peguam Negara pada tahun 1998 hingga tahun 2000 dan kemudiannya bertukar ke Jabatan Pembangunan Koperasi sebagai Penasihat Undang-Undang bermula pada bulan Mac 2000 hingga tahun 2001. YBhg. Dato' Sri Latifah binti Haji Mohd Tahar seterusnya dilantik menjadi Hakim Mahkamah Sesyen di Mahkamah Sesyen Shah Alam bermula pada tahun 2001 hingga tahun 2010. Pada 16 Mei 2010, YBhg. Dato' Sri Latifah binti Haji Mohd Tahar dilantik sebagai Pengarah Mahkamah Negeri Selangor dan beliau kemudiannya telah dinaikkan pangkat menjadi Pendaftar Mahkamah Rayuan bermula pada 15 Disember 2013. YBhg. Dato' Sri Latifah binti Haji Mohd Tahar telah dilantik menjadi Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan bermula 16 Disember 2015.

YBhg. Dato' Sri Latifah binti Haji Mohd Tahar telah mendirikan rumah tangga bersama YBhg. Dato’ Azmi bin Mohd Ali dan dikurniakan enam cahaya mata.

 

ALAMAT :
Ketua Pendaftar
Pejabat Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Aras 3, Istana Kehakiman
Presint 3
62506 PUTRAJAYA

 +603 8880 3782  +603 8880 3886
 latifah@kehakiman.gov.my

 

PEJABAT KETUA PENDAFTAR
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506,
Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Faks 03 8880 3886
Emel webmaster@kehakiman.gov.my

    

qr code

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.