Pembukaan Tahun Kehakiman 2018

 

 

 

 

PEJABAT KETUA PENDAFTAR

MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

 

 

KENYATAAN AKHBAR

PEMBUKAAN TAHUN KEHAKIMAN 2018

 

Pembukaan Tahun Kehakiman 2018 telah diadakan pada 12 Januari 2018 (Jumaat) bertempat di Dewan Perdana A, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada jam 9.00 pagi. Ia merupakan peristiwa penting dalam Kalendar Tahunan Badan Kehakiman Malaysia yang menandakan pembukaan tahun kehakiman bagi tahun 2018.

 

Pada tahun ini seramai 700 orang akan hadir yang terdiri daripada Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan, dan Hakim Mahkamah Persekutuan. Turut hadir adalah Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Pengurusan Tertinggi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret serta Pendaftar-Pendaftar Mahkamah dan juga Pegawai-Pegawai Kehakiman. Juga turut hadir adalah Yang Berbahagia Peguam Negara dan Pegawai-pegawai dari Pejabat Peguam Negara, Persatuan Undang-undang Sabah dan Persatuan Peguam Bela Sarawak, Pengamal Undang-undang serta Ahli-ahli Akademik dari Universiti Tempatan dan juga pelajar-pelajar undang-undang dan beberapa Universiti di Lembah Klang.

 

Pada tahun ini, delegasi luar negara yang hadir adalah terdiri daripada Ketua Hakim Mahkamah Agung Indonesia, Prof. Dr. H. Mohammad Hatta Ali, Dr. Anwar Usman, wakil kepada Ketua Hakim Mahkamah Konstitutisi Indonesia, serta wakil kepada Ketua Hakim Negara Singapura, Justice Steven Choong. Persuruhjaya Tinggi Brunei, Singapura, United Kingdom, Australia, Kanada, Amerika dan Qatar.

 

Juga turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato’ Sri Azalina binti Othman Said, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Wira Razali bin Ibrahim dan Ketua-ketua dari Jabatan Persekutuan.

 

Pembukaan Tahun Kehakiman 2018 ini merupakan yang pertama bagi Yang Amat Arif Tun Raus Sharif yang telah memegang mandat sebagai Ketua Hakim Negara sejak 1 April 2017 yang lalu. Tema Pembukaan Tahun Kehakiman 2018 adalah Enhancing Access to Justice Through Judicial Transformation.” Ini bermaksud akses kepada keadilan hanya dapat dicapai jika wujudnya ciri-ciri seperti penyelesaian kes yang efisien, tiada pembaziran masa daripada mana-mana pihak agar dapat mengurangkan kos serta penyampaian perkhidmatan yang adil kepada semua pihak menurut peruntukan undang-undang. Dengan wujudnya ciri-ciri ini di dalam pentadbiran sistem kehakiman negara, barulah keadilan substantif yang seiring dengan prinsip-prinsip keadilan seperti kedaulatan undang-undang, perlindungan hak asasi manusia dan kesamarataan di sisi undang-undang dapat dicapai.

 

 

 

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

PEJABAT KETUA PENDAFTAR

MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

 

PEJABAT KETUA PENDAFTAR
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506,
Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Faks 03 8880 3886
Emel webmaster@kehakiman.gov.my

    

qr code

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.