Program Gotong-Royong di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

Program Gotong-Royong di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur telah diadakan pada 29 Julai 2018. Program ini telah dihadiri oleh Y.A.A. Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum, Ketua Hakim Negara, Y.A.A. Tan Sri Zaharah binti Ibrahim, Hakim Besar Malaya, Y.A. Datuk Hasnah binti Dato' Mohammed Hashim, Hakim Mahkamah Rayuan merangkap Hakim Pengurus bagi Mahkamah Kuala Lumpur, Y.A.-Y.A. Hakim Mahkamah Tinggi dan Y.A.-Y.A. Pesuruhjaya Kehakiman, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, barisan pengurusan tertinggi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, para pegawai kehakiman serta kakitangan Istana Kehakiman dan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan menjayakan program gotong royong ini.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga untuk peguam yang hadir, rakan-rakan media dan pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program ini.

 

PEJABAT KETUA PENDAFTAR
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506,
Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Faks 03 8880 3886
Emel webmaster@kehakiman.gov.my

    

qr code

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.