Ucapan Ketua Pendaftar Sempena Tahun Baru 2018

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

YBhg Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan,

Syukur kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah dan rahmat-Nya jua tahun 2017 telah dapat diharungi oleh semua warga Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) dengan pelbagai pencapaian dan kejayaan.

Sebagai Ketua Jabatan, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh warga PKPMP yang telah bertungkus lumus melaksanakan amanah dengan penuh bertanggungjawab sepanjang tahun 2017.

Harapan saya, melangkah ke tahun 2018, warga PKPMP akan lebih bersedia dengan cabaran revolusi industri keempat dan era ekonomi digital yang bakal mengubah norma kehidupan, kerjaya dan hubungan sesama manusia. Untuk itu, bagi menghadapi cabaran ini, selaku penjawat awam, kita hendaklah merintis jalan dan mengorak langkah selari dengan aspirasi Transformasi Nasional 2050 disamping melestarikan kecemerlangan Badan Kehakiman Malaysia.

Akhir kata saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Menyambut Tahun Baru 2018".

Sekian. Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang benar,

 

DATO' SRI LATIFAH BINTI HAJI MOHD TAHAR
Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Istana Kehakiman

PUTRAJAYA

 

PEJABAT KETUA PENDAFTAR
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506,
Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Faks 03 8880 3886
Emel webmaster@kehakiman.gov.my

    

qr code

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.