Upacara Penyerahan Nota Serah Tugas Ketua Hakim Negara, 12 Julai 2018

Upacara Penyerahan Nota Serah Tugas oleh Mantan Ketua Hakim Negara, YABhg Tun Raus Sharif kepada Ketua Hakim Negara yang baharu, YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum telah diadakan pada 12hb Julai 2018 di pejabat Ketua Hakim Negara.

Upacara ini telah diadakan sebelum Majlis Pelantikan Ketua Hakim Negara dan Angkat Sumpah serta Taat Setia Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak pada hari yang sama di sebelah petang.

Turut hadir semasa upacara tersebut adalah Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan.

PEJABAT KETUA PENDAFTAR
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506,
Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Faks 03 8880 3886
Emel webmaster@kehakiman.gov.my

    

qr code

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.