Bahasa Lain |
   
Facebook Twitter Flickr You Tube QR Code RSS Feed Default Tukar Latar Tukar Latar Tukar Latar Tukar Warna Tulisan Tukar Warna Tulisan Tukar Warna Tulisan Tukar Kecerahan Tukar Kecerahan Tukar Kecerahan
Mahkamah Rayuan Bersidang di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu
 
 

 
7 KALI TANGGUH PERSIDANGAN, MAHKAMAH AKHIRNYA BERSIDANG DI HOSPITAL.
 
Pada 23 September 2016, Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan oleh bekas Presiden Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA) keatas dua tuduhan meminta dan menerima wang secara rasuah melibatkan sejumlah RM400,000 dan RM150,000 masing-masing bagi tujuan menguruskan proses pengeluaran geran tanah dan mengekalkan sabitan bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan hukuman.
 
Bagi pertuduhan pertama, Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman 18 bulan penjara dan denda RM 2 juta atau setahun penjara manakala bagi pertuduhan kedua hukuman adalah setahun penjara dan denda RM 750,000 atau gagal bayar 10 bulan penjara yang diputuskan di Mahkamah Sesyen Rasuah. Panel Hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Yang Arif Dato’ Rohana Yusuf bersama dua lagi panel Hakim iaitu Yang Arif Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Yang Arif Datuk Hasnah Dato’ Mohammed Hashim telah membuat keputusan tersebut dengan kehadiran perayu di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.
 
Seksyen 39 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 membenarkan Presiden Mahkamah Rayuan untuk mengarahkan sesuatu rayuan didengar di tempat lain selain daripada di dalam Mahkamah dimana Hakim akan mengisytiharkan tempat tersebut sebagai Mahkamah Terbuka.
 
Berdasarkan rekod, rayuan ini telah ditangguh sebanyak 7 kali sebelum ini sejak 2014, dimana peluang penangguhan kali terakhir telah dibenarkan Mahkamah atas alasan perayu diberikan cuti sakit sejak 6 Julai 2015.
 
Walaubagaimanapun, semasa rayuan ini ditetapkan untuk perbicaraan pada 20 September 2016, Mahkamah dimaklumkan perayu dimasukkan sekali lagi ke Hospital Queen Elizabeth kerana mengadu sakit dada.
 
Setelah mendapatkan pandangan daripada pakar perubatan yang merawat perayu, peguam serta Timbalan Pendakwa Raya, Mahkamah telah mengambil langkah proaktif untuk mendengar rayuan tersebut di Hospital Queen Elizabeth dengan perayu diberikan pengawasan dan perhatian perubatan sepenuhnya oleh pihak Hospital sepanjang prosiding rayuan berjalan.
 
 
 
 
Jumlah pelawat ke Portal ini : 634,907
Dikemaskini pada : 29 April 2017

MyGov  MAMPU  BPA  JPA  EPU  IIM  MSC  MDec  1Malaysia  HRMIS  DBP  ePerolehan  PMO  AGC

Laman Utama
Laman Utama
Laman Utama
Facebook Twitter QR Code RSS Feed Default Tukar Latar Tukar Latar Tukar Latar

Mahkamah Rayuan Bersidang di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu

 
 

 
7 KALI TANGGUH PERSIDANGAN, MAHKAMAH AKHIRNYA BERSIDANG DI HOSPITAL.
 
Pada 23 September 2016, Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan oleh bekas Presiden Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA) keatas dua tuduhan meminta dan menerima wang secara rasuah melibatkan sejumlah RM400,000 dan RM150,000 masing-masing bagi tujuan menguruskan proses pengeluaran geran tanah dan mengekalkan sabitan bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan hukuman.
 
Bagi pertuduhan pertama, Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman 18 bulan penjara dan denda RM 2 juta atau setahun penjara manakala bagi pertuduhan kedua hukuman adalah setahun penjara dan denda RM 750,000 atau gagal bayar 10 bulan penjara yang diputuskan di Mahkamah Sesyen Rasuah. Panel Hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Yang Arif Dato’ Rohana Yusuf bersama dua lagi panel Hakim iaitu Yang Arif Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Yang Arif Datuk Hasnah Dato’ Mohammed Hashim telah membuat keputusan tersebut dengan kehadiran perayu di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.
 
Seksyen 39 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 membenarkan Presiden Mahkamah Rayuan untuk mengarahkan sesuatu rayuan didengar di tempat lain selain daripada di dalam Mahkamah dimana Hakim akan mengisytiharkan tempat tersebut sebagai Mahkamah Terbuka.
 
Berdasarkan rekod, rayuan ini telah ditangguh sebanyak 7 kali sebelum ini sejak 2014, dimana peluang penangguhan kali terakhir telah dibenarkan Mahkamah atas alasan perayu diberikan cuti sakit sejak 6 Julai 2015.
 
Walaubagaimanapun, semasa rayuan ini ditetapkan untuk perbicaraan pada 20 September 2016, Mahkamah dimaklumkan perayu dimasukkan sekali lagi ke Hospital Queen Elizabeth kerana mengadu sakit dada.
 
Setelah mendapatkan pandangan daripada pakar perubatan yang merawat perayu, peguam serta Timbalan Pendakwa Raya, Mahkamah telah mengambil langkah proaktif untuk mendengar rayuan tersebut di Hospital Queen Elizabeth dengan perayu diberikan pengawasan dan perhatian perubatan sepenuhnya oleh pihak Hospital sepanjang prosiding rayuan berjalan.
 
 
 
 
Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia, Istana Kehakiman, Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.
Email : webmaster@kehakiman.gov.my Telefon : 03 8880 3500 Faks : 03 8880 3886
Paparan Terbaik Menggunakan Google Chrome, Mozilla Firefox 3, Safari dan Internet Explorer 8 Dengan Resolusi 1280 X 1024 pixel
Hak Cipta Terpelihara ©2005 - 2013 PKPMP