Bahasa Lain |
   
Facebook Twitter Flickr You Tube QR Code RSS Feed Default Tukar Latar Tukar Latar Tukar Latar Tukar Warna Tulisan Tukar Warna Tulisan Tukar Warna Tulisan Tukar Kecerahan Tukar Kecerahan Tukar Kecerahan
Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia

YAA Tan Sri Dato' Seri Zulkefli Bin Ahmad Makinudin
Presiden Mahkamah Rayuan
PIS, SMJ, DPMP, PSM, SPMP, SPSK, SSAP

PROFIL
 
YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli Ahmad Makinudin telah dilahrikan pada 28 Mac 1951 di Ipoh, Perak.
 
YAA Tan Sri telah mendapat pendidikan awalnya di St Michael’s Institution, Ipoh,Perak dan Maktab Tentera Di-Raja, Sungai Besi, Kuala Lumpur. YAA Tan Sri menyambung pengajiannya di Universiti Malaya dan telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) pada tahun 1976. Pada tahun 1982, YAA Tan Sri telah menyambung pengajiannya di University College, University of London dan beliau memperolehi Ijazah Sarjana Undang-Undang (LLM) pada tahun 1983
 
YAA Tan Sri telah memulakan kerjayanya di dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara pada tahun 1976. YAA Tan Sri kemudian dilantik menjadi Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Kastam dan Eksais Di-Raja, Peguam Persekutuan di Jabatan Hasil Dalam Negeri dan Penasihat Undang-Undang di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan, Penasihat Undang-Undang di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Hasil Dalam Negeri dan Timbalan Pendakwa Raya di Negeri Sarawak. Pada tahun 1988, YAA Tan Sri telah dilantik sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Darul Takzim dan pada tahun 1992, beliau telah dilantik menjadi Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor Darul Ehsan. Kemudian YAA Tan Sri dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat di Jabatan Perdana Menteri.
 
Kerjaya YAA Tan Sri di Badan Kehakiman bermula pada 1 November 1994 apabila beliau dilantik menjadi Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya di Taiping, Perak. Pada 12 Januari 1996, YAA Tan Sri dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi dan telah berkhidmat di Mahkamah Tinggi Taiping, Kuala Lumpur, dan Shah Alam.
Pada 17 Jun 2005, YAA Tan Sri telah dilantik menjadi Hakim Mahkamah Rayuan dan beliau kemudian dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan pada 5 September 2007. YAA Tan Sri kemudian dilantik sebagai Hakim Besar Malaya pada 12 September 2011.
 
Atas jasa dan perkhidmatan YAA Tan Sri kepada negara, YAA Tan Sri telah dianugerahkan dengan Pingat Ibrahim Sultan (PIS) pada tahun 1990, Darjah Setia Mahkota Johor (SMJ) pada tahun 1992, Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) pada tahun 1996, Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) pada tahun 2010, Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) pada tahun 2012, Darjah Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (SPSK) pada tahun 2013, dan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) pada tahun 2016.
 
YAA Tan Sri telah mendirikan rumah tangga bersama Puan Sri Dato’ Indera Rohani binti Mohamed Kassim dan dikurniakan lima (5) orang cahaya mata.

ALAMAT

Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Aras 5 Selatan, Istana Kehakiman
Presint 3
62506 PUTRAJAYA

  +603 8880 3566 +603 8880 3595
 zulkefli@kehakiman.gov.my 
 
Jumlah pelawat ke Portal ini : 634,907
Dikemaskini pada : 26 May 2017

MyGov  MAMPU  BPA  JPA  EPU  IIM  MSC  MDec  1Malaysia  HRMIS  DBP  ePerolehan  PMO  AGC

Laman Utama
Laman Utama
Laman Utama
Facebook Twitter QR Code RSS Feed Default Tukar Latar Tukar Latar Tukar Latar

Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia, Istana Kehakiman, Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.
Email : webmaster@kehakiman.gov.my Telefon : 03 8880 3500 Faks : 03 8880 3886
Paparan Terbaik Menggunakan Google Chrome, Mozilla Firefox 3, Safari dan Internet Explorer 8 Dengan Resolusi 1280 X 1024 pixel
Hak Cipta Terpelihara ©2005 - 2013 PKPMP