Bahasa Lain |
   
Facebook Twitter Flickr You Tube QR Code RSS Feed Default Tukar Latar Tukar Latar Tukar Latar Tukar Warna Tulisan Tukar Warna Tulisan Tukar Warna Tulisan Tukar Kecerahan Tukar Kecerahan Tukar Kecerahan
Hakim Besar Malaya

YAA Tan Sri Datuk Wira Ahmad bin Haji Maarop
Hakim Besar Malaya
SMP, KMN, DMSM, DSMZ, PSM, DCSM

PROFIL
 
YAA Tan Sri Datuk Wira Ahmad bin Haji Maarop telah dilahirkan tanggal 25 Mei 1953 di Kampung Serkam, Melaka.

YAA telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jasin, Sekolah Kebangsaan Alor Gajah dan Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang di Melaka. YAA kemudian meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Dato’ Abdul Razak di Tanjung Malam, Perak sehingga tingkatan 5 dan menyambung pengajian tingkatan enam di sekolah yang sama, yang kemudian telah berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan.
 
YAA kemudian menyambung pengajian di Universiti Malaya dan telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) pada tahun 1978.
 
YAA telah memulakan kareer beliau di dalam perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sebagai Majistret Bentong, Majistret Temerloh pada 1 Julai 1978, Timbalan Pendakwa Raya Negeri Johor, Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Kastam dan Eksais Pulau Pinang. YAA kemudian berkhidmat sebagai Penasihat Undang-undang Negeri Perlis, Ketua Unit Pendakwaan Negeri Pulau Pinang, Peguam Kanan Persekutuan Kementerian Dalam Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri Kelantan. Semasa YAA bekhidmat sebagai Penasihat Undang-undang Negeri Kelantan, YAA telah diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya, di Mahkamah Tinggi Kota Bahru. YAA kemudian telah kembali bertugas di Ibu Pejabat Jabatan Peguam Negara sebagai Timbalan Ketua Bahagian, Bahagian Penasihat dan Undang-undang Antarabangsa, sebelum mengetuai bahagian tersebut sebagai Ketua Bahagian. YAA merupakan salah seorang dari tujuh orang yang dilantik sebagai Timbalan Kanan Pendakwa Raya oleh YBhg Peguam Negara pada 1 Oktober 1998. Jawatan terakhir YAA di dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan adalah Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang Malaysia, sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya di Melaka pada 1.6.2000. Pada 1.3.2002, YAA telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi dan telah berkhidmat di Mahkamah Tinggi Melaka, Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu. Pada 18 Julai 2007, YAA telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan pada 10 Ogos 2011, YAA telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

YAA telah dianugerahkan pingat Setia Mahkota Perlis (SMP) pada tahun 1990, Kesatria Mangku Negara (KMN) pada tahun 1997, Darjah Mulia Sri Melaka (DMSM) pada tahun 1998, Darjah Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (DSMZ) pada tahun 2006, Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) pada 2013 dan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) pada tahun 2015.

YAA Tan Sri telah mendirikan rumah tangga bersama Puan Sri Datin Wira Zainon binti Haji Zainuddin dan dikurnia 3 cahaya mata, Adilla Ahmad, Dr. Arfah Ahmad dan Amin Ahmad.

ALAMAT

Kamar Hakim Besar Malaya
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Aras 5 Selatan, Istana Kehakiman, Presint 3

62506 PUTRAJAYA

 +603 8880 3552 +603 8880 3556
  cjm@kehakiman.gov.my

Jumlah pelawat ke Portal ini : 634,907
Dikemaskini pada : 24 August 2017

MyGov  MAMPU  BPA  JPA  EPU  IIM  MSC  MDec  1Malaysia  HRMIS  DBP  ePerolehan  PMO  AGC

Laman Utama
Laman Utama
Laman Utama
Facebook Twitter QR Code RSS Feed Default Tukar Latar Tukar Latar Tukar Latar

Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia, Istana Kehakiman, Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.
Email : webmaster@kehakiman.gov.my Telefon : 03 8880 3500 Faks : 03 8880 3886
Paparan Terbaik Menggunakan Google Chrome, Mozilla Firefox 3, Safari dan Internet Explorer 8 Dengan Resolusi 1280 X 1024 pixel
Hak Cipta Terpelihara ©2005 - 2013 PKPMP