Bahasa Lain |
   
Facebook Twitter QR Code RSS Feed Default Tukar Latar Tukar Latar Tukar Latar Tukar Warna Tulisan Tukar Warna Tulisan Tukar Warna Tulisan Tukar Kecerahan Tukar Kecerahan Tukar Kecerahan
YA Datin Paduka Zaleha Bt Zahari


YA Datin Paduka Zaleha Bt Zahari
Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia
JSM, DMPN, DPM

PROFIL

YA Datin Paduka Zaleha Zahari dilahirkan pada 30 November 1948 di Kajang, Selangor.
 
YA Datin Paduka telah memperolehi Ijazah "Degree of Utter Barrister" di Middle Temple, London pada tahun 1971. Beliau telah berkhidmat dalam bidang Kehakiman dan Perkhidmatan. Antara jawatan-jawatan yang pernah beliau sandang adalah:

a) Majistret, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur (Disember 1971 - Jun 1972);
b) Majistret, Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan (Julai 1972 - Jun 1973);
c) Penolong Kanan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Jun 1973 - Jun 1974);
d) Peguam Persekutuan, Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara (1974 – 1977);
e) Timbalan Pendakwa Raya, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara (1978-1979);
f) Peguam Kanan Persekutuan, Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara (1979);
g) Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pelajaran (1979-1982);
h) Penasihat Undang-Undang, Unit Pembangunan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (1982 – 1984);
i) Peguam Kanan Persekutuan, Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara (1984-1985);
j) Penasihat Undang-Undang, Kementerian Dalam Negeri (1985-1988);
k) Penasihat Undang-Undang, Lembaga hasil Dalam Negeri, (1988-1991); dan
l) Ketua Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara (1991-1993)

 
YA Datin Paduka telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada tahun 1994, dan kemudiannya disahkan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 1 Disember 1996. Beliau telah berkhidmat di Bahagian Jenayah, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (1994 - 1995); Bahagian Sivil, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (1995 - 1997); Mahkamah Tinggi Pulau Pinang (1997 - 2001) dan Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor (Mei 2001 hingga Jun 2005).

YA Datin telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia pada 17 Jun 2005.

Bagi menghargai sumbangan YA Datin Paduka dalam perkhidmatan awam, beliau telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Johan Setia Mahkota (JSM) oleh DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1991, Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) oleh Gabenor Pulau Pinang pada tahun 1998 dan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) oleh DYMM Sultan Selangor pada tahun 2002.
 
ALAMAT

Kamar Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Aras 5 Selatan, Istana Kehakiman 
Presint 3

62506 PUTRAJAYA
 
 +603 8880 3632 +603 8880 3633
  zaleha@kehakiman.gov.my
 
Jumlah pelawat ke Portal ini : 747,341
Dikemaskini pada : 21 May 2013