YA Datuk Zainun binti Ali
Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia
PJN, SMJ, KMN
|
PROFIL
Yang Arif Datuk Zainun binti Ali dilahirkan pada 5 April 1952 di Johor Bahru, Johor. Menerima pendidikan awal beliau di Sekolah Rendah Perempuan Yahya Awal dan Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim di Johor Bahru. Yang Arif melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan memperolehi ijazah Bachelor of Law (LL.B.)(Hons) dan seterusnya dianugerahkan Ijazah Master of Law LL.M. (Cantab) di University Cambridge, United Kingdom.
Sekembalinya dari pengajian Yang Arif telah memegang pelbagai jawatan dalam bidang perundangan sejak tahun 1976 seperti berikut:-
Mac 1976 Pegawai Undang-Undang, Kementerian Buruh. Julai 1976 Pegawai Undang-Undang, Jabatan Peguam Negara. Januari 1979 Majistret, Mahkamah Majistret Melaka. Mac 1979 Peguamcara, Jabatan Pemegang Amanah Raya. Disember 1981 Presiden, Mahkamah Sesyen, Johor Bahru. September 1985 Penolong Kanan Penggubal Undang-Undang. November 1985 Peguam Kanan Persekutuan, Kementerian Pertahanan. Mac 1988 Peguam Kanan, Jabatan Perdana Menteri. Februari 1989 Peguam Kanan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Oktober 1990 Pendaftar Syarikat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. November 1994 Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia. Ogos 1996 Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur. 1998 – 2001 Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam, Johor dan Kuala Lumpur. 2006 hingga sekarang Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia. Yang Arif Datuk Zainun juga dilantik ke beberapa badan lain seperti berikut:-
Beliau banyak memberi sumbangan professional melalui seminar, persidangan antarabangsa dan membentangkan kertas kerja. Antaranya ialah:
Sebagai penghargaan perkhidmatan kepada Negara Yang Arif telah dianugerahkan darjah-darjah kebesaran berikut:
- Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) 1991
- Setia Mahkota Johor (S.M.J.) 2001
- Panglima Jasa Negara (P.J.N.) 2002
Yang Arif Datuk Zainun mendirikan rumah tangga dengan Encik Abdul Jalil bin Mohamed yang juga merupakan pengamal undang-undang. Mereka dikurniai tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariz Azlan, Nona Annesya Jane dan Azzah Annesya June. Pingat (Mengikut protokol persekutuan): PJN, SMJ, KMN |
|
ALAMAT Kamar Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia Mahkamah Persekutuan Malaysia Aras 5 Selatan, Istana Kehakiman Presint 3 62506 PUTRAJAYA |
|
|














