Bahasa Lain |
   
Facebook Twitter QR Code RSS Feed Default Tukar Latar Tukar Latar Tukar Latar Tukar Warna Tulisan Tukar Warna Tulisan Tukar Warna Tulisan Tukar Kecerahan Tukar Kecerahan Tukar Kecerahan
YA Dato’ Hasan bin Lah


YA Dato’ Hasan bin Lah
Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia
SDK, SMP, DPMP

PROFIL

Yang Arif Dato’ Hasan bin Lah dilahirkan pada 27 Mac 1952 di Behor Mali, Kayang, Perlis. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya dalam tahun 1977 dan Sarjana Undang-Undang dari University College London dalam tahun 1984. 

Antara jawatan-jawatan yang disandang oleh Y.A. Dato’ Hasan bin Lah dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan:


a) Majistret, Mahkamah Majistret Sungai Petani/Kangar (1977); 
b) Penolong Kanan Pendaftar,Mahkamah Tinggi Kota Bharu (1980);
c) Penolong Kanan Penggubal Undang-Undang, Jabatan Peguam Negara (1984);
d) Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya (1989);
e) Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah (1991);
f) Hakim, Mahkamah Sesyen Ipoh (1995)

Y.A. Dato’ Hasan bin Lah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Sabah dan Sarawak pada 1.9.1998. Yang Arif kemudiannya dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya pada 16.6.2000 dan ditempatkan di Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang (2000) dan Perlis (2001). Pada 28.7.2006 Y.A. Dato’ Hasan bin Lah dilantik pula sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia.

Sebagai penghargaan Y.A. Dato’ Hasan bin Lah telah dianugerah Darjah Setia Diraja Kedah (1995); Darjah Setia Mahkota Perlis (1996) dan Dato’ Paduka Mahkota Perlis (1999).

Dato’ Hasan bin Lah telah berkahwin dengan Datin Norjismah binti Jaafar dan dikurniakan lima orang anak.

 
ALAMAT

Kamar Hakim Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Aras 5 Selatan, Istana Kehakiman 
Presint 3
62506 PUTRAJAYA
+603 8880 3512 +603 8880 3778
hasan@kehakiman.gov.my
 
Jumlah pelawat ke Portal ini : 750,028
Dikemaskini pada : 26 May 2013