Bahagian Pengurusan

FUNGSI

  • Memastikan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia menyediakan perkhidmatan sokongan yang efisien dan efektif kepada pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan dalam aspek pengurusan sumber manusia, khidmat pengurusan dan kewangan.
  • Memastikan urusan perkhidmatan dan kemudahan Hakim yang ditetapkan di bawah Akta Saraan Hakim, 1971 (Akta 45) dan peraturan-peraturan semasa dilaksanakan mengikut tempoh-tempoh tertentu.
  • Memastikan pengisian perjawatan PKPMP sekurang-kurangnya pada tahap 90 peratus setiap masa.
  • Melaksanakan dan memproses urusan kenaikan pangkat/ pemangkuan bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan dalam tempoh tiga (3) bulan.
  • Memastikan urusan perkhidmatan pegawai dan Kumpulan Sokongan seperti pengesahan lantikan, pengesahan dalam jawatan, persaraan dan penanggungan kerja diproses dalam tempoh satu (1) bulan.
  • Menyediakan dan melaksanakan kursus/ latihan/ seminar/ bengkel untuk semua kategori pegawai/ kakitangan sepanjang tahun.
  • Memproses dan menyelesaikan kes-kes tatatertib dalam tempoh empat (4) bulan bemula daripada kelulusan prima facie.
  • Memastikan pengemaskinian sistem maklumat HRMIS sekurang-kurangnya pada tahap 95 peratus setiap masa.
  • Memastikan anggaran Belanja Mengurus dan Tanggungan tahunan PKPMP disediakan pada bulan Mac setiap tahun dan waran diagihkan ke Pusat Tanggungjawab (PTJ) satu (1) minggu selepas Waran Am diterima.
  • Memastikan hasil dan deposit dapat dikutip sekurang-kurangnya 90 peratus setiap hujung tahun.
  • Memastikan semua bil dan tuntutan dibayar dalam tempoh 14 hari daripada tarikh dokumen diterima dengan sempurna.
  • Memastikan semua urusan Tender / Sebutharga Perkhidmatan Kawalan Keselamatan / Pencucian Bangunan Mahkamah seluruh Malaysia diselesaikan selewat-lewatnya dua (2) bulan sebelum perkhidmatan bermula.
  • Memastikan keperluan peralatan dan bekalan Jabatan mencukupi serta dapat memenuhi keperluan setiap Bahagian dalam tempoh selewat-lewatnya tujuh (7) hari.
  • Memastikan kenderaan pejabat sentiasa dalam keadaan baik dan diselenggara mengikut tatacara yang ditetapkan serta memberi layanan yang saksama kepada pegawai yang menggunakan kenderaan rasmi Jabatan.

Melayu