Pejabat Ketua Hakim Negara Dan Bahagian Penyelidikan

PENGENALAN

Pejabat Ketua Hakim Negara dan Bahagian Penyelidikan (dahulunya dikenali sebagai Unit Penyelidikan, Pejabat Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia) ditubuhkan pada 29 Julai 2013. Fungsi utama bahagian ini adalah untuk membantu YAA Ketua Hakim Negara dan YA Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan dalam menjalankan kajian terperinci bagi pelbagai perkara perundangan dan menyediakan pendapat perundangan bagi kes-kes yang dibawa ke Mahkamah Persekutuan. Bahagian ini juga turut membantu secara ad hoc Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam menyediakan kertas perundangan yang berkaitan dengan hal ehwal tempatan dan antarabangsa. 

 

Melayu