Majlis Meraikan Pesara-Pesara Mahkamah Negeri Pahang 2018

Majlis Meraikan Pesara Kakitangan Mahkamah Negeri Pahang telah diadakan pada 07 Disember 2018 (Jumaat) jam 2.30 petang bertempat di Dewan Mutiara Kompleks Mahkamah Kuantan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan serta jasa bakti kakitangan Mahkamah Negeri Pahang kepada jabatan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Senarai Pesara-Pesara yang diraikan.

  1. Puan Khairul Bariah binti Mohd Nor
  2. Encik Suhaimi bin Awang
  3. Encik Victor Veloo a/l Perumal
  4. Encik Muhammad bin Maarof

Seluruh warga kerja Mahkamah Negeri Pahang mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan dan jasa bakti mereka sepanjang tempoh berkhidmat. Didoakan agar mereka yang bersara akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Majlis ini juga turut memberi sijil penghargaan kepada 6 orang pegawai/kakitangan yang telah berkhidmat melebihi 25 tahun.


 

 

 

 

 

Melayu