Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1440H

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1440H Peringkat Mahkamah Negeri Pahang dengan tema "Menyantuni Umat Membawa Rahmat" telah diadakan pada hari Jumaat, 07 Disember 2018 bertempat di Kompleks Mahkamah Kuantan bagi memperingati hari keputeraan junjungan besar Rasulullah S.A.W. dan menghayati perjuangan Baginda dalam menegakkan syiar Islam.

Majlis Sambutan ini telah dihadiri oleh YA Dato' Sri Mariana Binti Yahya, Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, YBhg. Tuan Dazuki Bin Ali, Pengarah Mahkamah Negeri Pahang, Hakim-Hakim, Majistret-Majistret, Pegawai-Pegawai Perundangan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan warga kerja Kompleks Mahkamah Kuantan.

Perarakan serta Bacaan Selawat yang dipimpin oleh Tuan Ahmad Najmi Bin Mohd Yusoff, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuantan telah bermula di hadapan Mahkamah Tinggi Kuantan dan berakhir di Dewan Mutiara, Kompleks Mahkamah Kuantan.


 

 

 

 
 
 
 
 

 

 

 

Melayu