Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-Anak Yatim (Maahad Tahfiz Muhammad) dan Fakir Miskin 2019

NAMA PROGRAM: MAJLIS BERBUKA PUASA
BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN
(MAAHAD TAHFIZ MUHAMMAD)
VENUE: DEWAN MUTIARA, ARAS 3
KOMPLEKS MAHKAMAH KUANTAN
TARIKH: 16 MEI 2019 (KHAMIS)

 Pada 16 Mei 2019 yang lalu, Biro Agama dan Dakwah, Kelab Sukan dan Kebajikan Mahkamah Pahang Timur 2019/2020 telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-Anak Yatim (Maahad Tahfiz Muhammad) dan Fakir Miskin sempena kehadiran bulan Ramadhan. Majlis yang dihadiri oleh kira-kira 70 orang kakitangan dan pegawai Mahkamah Kuantan itu turut disertai oleh YA Dato’ Haji Zainal Azman bin Ab. Aziz, Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan serta YBrs. Tuan Dazuki bin Ali, Pengarah Mahkamah Kuantan.

 Antara yang turut hadir ialah 30 orang anak-anak yatim daripada Maahad Tahfiz Muhammad serta 5 orang fakir miskin. Selesai majlis berbuka puasa, YA Dato’ Haji Zainal Azman bin Ab. Aziz, Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan serta YBrs. Tuan Dazuki bin Ali, Pengarah Mahkamah Kuantan turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih berjemaah yang dipimpin oleh seorang Ustaz daripada Maahad Tahfiz Muhammad tersebut.

 

Melayu