Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kompleks Mahkamah Kuantan

NAMA PROGRAM:

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

KOMPLEKS MAHKAMAH KUANTAN

VENUE: DEWAN MUTIARA, ARAS 3

KOMPLEKS MAHKAMAH KUANTAN

TARIKH: 27 JUN 2019 (KHAMIS)

 

Pada 27 Jun 2019 yang lalu, Biro Sosial Kelab Sukan, Kelab Sukan dan Kebajikan Mahkamah Pahang Timur 2019/2021 telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri sempena kehadiran bulan Syawal. Majlis yang dihadiri oleh Peguam, Anggota Polis, serta semua warga kerja Mahkamah di Pahang Timur. Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran YA Dato’ Haji Zainal Azman bin Ab. Aziz, Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan serta YA Dato’ Hassan bin Abdul Ghani, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Temerloh. Majlis tersebut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya adalah cabutan bertuah, pertandingan karaoke, serta persembahan daripada tetamu-tetamu yang hadir.

 

Melayu