Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Mahkamah Temerloh

NAMA PROGRAM:

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

MAHKAMAH TEMERLOH

VENUE: MAHKAMAH TEMERLOH

TARIKH: 28 JUN 2019 (JUMAAT)

 

Pada 27 Jun 2019 yang lalu, Mahkamah Tinggi, Sesyen, Majistret Temerloh dengan kerjasama Kelab Sukan & Kebajikan Kakitangan Kehakiman dan Perundangan Pahang Barat telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri sempena kehadiran bulan Syawal. Majlis yang dihadiri oleh Timbalan Pendakwa Raya, Peguam, Anggota Polis, wakil-wakil Jabatan serta semua warga kerja Mahkamah di Pahang Barat. Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran YA Dato’ Hassan bin Abdul Ghani, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Temerloh dan YBrs. Tuan Dazuki bin Ali, Pengarah Mahkamah Negeri Pahang. Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelajar-pelajar daripada Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Amin, Kampung Berhala Gantang Temerloh.

Melayu