Majlis Penutup Sukan Dalaman Indoor Games Kelab Sukan Dan Kebajikan Pahang Timur Mahkamah Kuantan

MAJLIS PENUTUP SUKAN DALAMAN INDOOR GAMES KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN PAHANG TIMUR MAHKAMAH KUANTAN

VENUE: DEWAN MUTIARA, ARAS 3

KOMPLEKS MAHKAMAH KUANTAN

TARIKH: 2 OGOS 2019

 

Pada 2 Ogos 2019 yang lalu, Mahkamah Negeri Pahang telah menganjurkan Majlis Penutup Sukan Dalaman Indoor Games Kelab Sukan dan Kebajikan Pahang Timur Mahkamah Kuantan bersama semua Pegawai-Pegawai dan kakitangan Mahkamah Negeri Pahang. Majlis penutup ini telah diadakan di Dewan Mutiasa, Aras 3, Kompleks Mahkamah Kuantan. Majlis penutup ini diadakan bertujuan untuk meraikan kemenangan pasukan-pasukan rumah yang terdiri daripada rumah biru, kuning, hijau dan merah. Terdapat beberapa sukan yang dipertandingkan, antaranya ialah dart, ping pong, dam haji, batu seremban, congkak, dan karom. Sukan dalaman ini menyaksikan rumah merah merangkul sebagai juara keseluruhan dengan merangkul 4 Johan daripada 6 sukan yang dipertandingkan. Majlis penutup ini turut diserikan dengan kehadiran YA Dato’ Haji Zainal Azman bin Ab. Aziz, Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan serta YBrs. Tuan Dazuki bin Ali, Pengarah Mahkamah Negeri Pahang

 

Melayu