Run For Justice

“RUN FOR JUSTICE”

VENUE: LOBI, KOMPLEKS MAHKAMAH KUANTAN

KOMPLEKS MAHKAMAH KUANTAN

TARIKH: 17 OGOS 2019

 

Pada 17 Ogos 2019 yang lalu, Mahkamah Negeri Pahang telah menganjurkan satu program larian ceria yang dinamakan sebagai “Run For Justice”. Larian ceria “Run For Justice” ini adalah julung-julung kali diadakan oleh Mahkamah Negeri Pahang. Seramai lebih kurang 320 peserta yang telah mendaftar dan menyertai larian ini. Sebelum acara larian ini dimulakan, semua peserta melakukan senaman aerobik untuk memanaskan badan sebelum acara larian tersebut dimulakan. Sambutan yang memberangsangkan oleh peserta-peserta yang mendaftar menunjukkan bahawa objektif larian ceria ini dianjurkan telah tercapai dimana ianya merangsang ke arah gaya hidup sihat dan cergas. Acara larian ceria ini diakhiri dengan cabutan bertuah yang diserahkan oleh YBrs. Tuan Dazuki bin Ali, Pengarah Mahkamah Negeri Pahang.

 

 

  

 

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

 

  

  

  

 

Melayu