Kejohanan Sukan 4 Penjuru 2019

KEJOHANAN SUKAN 4 PENJURU

VENUE: KOMPLEKS SUKAN, UIA KUANTAN

TARIKH: 7-9 SEPTEMBER 2019

 

Pada 7-9 September 2019 yang lalu, Pejabat Penasihat Undang-Undang Pahang telah menganjurkan Kejohanan Sukan 4 Penjuru yang di sertai oleh Pegawai dan kakitangan Mahkamah Pahang Timur, Pegawai dan kakitangan Mahkamah Pahang Barat, Persatuan Peguam Negeri Pahang dan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang. Terdapat 8 acara utama yang dipertandingkan iaitu bowling, futsal, bola jaring, bola tampar, takraw, daRt, ping-pong dan badminton. Mahkamah Pahang Timur telah memberikan saingan hebat kepada pasukan lawan dan akhirnya berjaya merangkul tempat ke-3 daripada keseluruhan acara yang dipertandingkan. Sambutan yang memberangsangkan oleh Pegawai dan kakitangan oleh semua pasukan yang bertanding menunjukkan bahawa objektif kejohanan ini dianjurkan telah tercapai iaitu menyeru ke arah gaya hidup sihat dan cergas.

 

 

Melayu