Food Truck Dan Karnival Bonanza Iks

FOOD TRUCK DAN KARNIVAL BONANZA IKS
VENUE: PERKARANGAN LOBI
KOMPLEKS MAHKAMAH KUANTAN
TARIKH: 21 JANUARI 2020

 

Pada 21 Januari 2020 yang lalu, Kelab Sukan dan Kebajikan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menganjurkan satu program Food Truck dan Karnival Bonanza Industri Keusahawanan Kecil (IKS) yang berkonsepkan keusahawanan untuk menggalakkan aktiviti kesusahawanan di kalangan usahawan-usahawan di Pahang di samping dapat memberikan manfaat serta pendedahan kepada orang ramai tentang produk-produk yang dihasilkan oleh usahawan-usahawan sedia ada.

Di samping itu juga program ini adalah untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk kerjasama antara badan-badan kerajaan (G to G Programme) dijalinkan. Sambutan yang memberangsangkan oleh orang awam dan kakitangan Mahkamah sedia ada menunjukkan bahawa objektif program ini dianjurkan telah tercapai. Program ini dimeriahkan dengan sesi walkabout yang diketuai oleh YBrs. Tuan Dazuki bin Ali, Pengarah Mahkamah Negeri Pahang.

 

Melayu