PERUTUSAN PENGARAH

 

 Selamat Sejahtera,

Selamat datang ke Portal Rasmi Mahkamah Negeri Perak.

 

Sejajar dengan penambahbaikan yang telah diwujudkan oleh Badan Kehakiman Malaysia iaitu laman web rasmi bagi Mahkamah-Mahkamah, laman web rasmi bagi Mahkamah Negeri Perak juga telah diwujudkan.

 

Justeru, saya ingin mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa yang terlibat dalam mengemaskini dan menambahbaik portal rasmi ini. Saya berharap agar portal rasmi ini dapat menjadi saluran dan sumber rujukan kepada seluruh pengguna portal ini untuk mendapatkan maklumat yang terkini khususnya berkaitan Mahkamah Negeri Perak.

 

Saya menyeru agar seluruh pegawai dan kakitangan Mahkamah Negeri Perak agar sentiasa komited dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan ke arah budaya kerja yang cemerlang, memenuhi keperluan pelanggan dan berusaha untuk melestarikan pengurusan kehakiman yang adil, telus dan efisien selaras dengan misi dan visi Jabatan ini.

 

Akhir sekali, saya berharap maklumat yang telah disalurkan melalui portal ini dapat memberi manfaat kepada seluruh pengguna portal ini.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

 

Melayu