SARINGAN UJIAN MANTOUX (TIBI) BERSAMA PEJABAT KESIHATAN DAERAH MANJUNG

AKTIVITI : SARINGAN UJIAN MANTOUX (TIBI) BERSAMA PEJABAT KESIHATAN DAERAH MANJUNG

TARIKH   : 5.03.2019 (SELASA)

MASA      : 3.00 PETANG

TEMPAT  : BILIK REHAT MAHKAMAH MAJISTRET SERI MANJUNG PERAK

  • Ujian saringan ini dilaksanakan sebagai pencegahan awal jangkitan kuman tuberculosis atau lebih dikenali sebagai TIBI.
  • Suntikan tuberculin ke dalam bahagian bawah kulit lengan dan kesan atau tindak balas  kulit terhadap suntikan tersebut yang perlu di nilai dalam tempoh 48 hingga 72 jam.
  • Secara umumnya bacaan saiz kemerahan dan bengkak pada permukaan kulit melebihi 10mm adalah dianggap positif.
  • Ujian Mantoux adalah mudah dan boleh dilakukan pada semua lapisan usia termasuk kanak-kanak. Sekiranya positif, imbasan paru-paru (Chest X-ray) perlulah dilakukan untuk melihat tanda-tanda kuman TIBI pada paru-paru.
  • Jika bacaan Mantoux adalah negatif atau tiada sebarang reaksi, individu dianggap bebas dari jangkitan.

Melayu