Bahagian Pengantara Dan Pelaksanaan Kehakiman

PENGENALAN

Bahagian Pengantara (Mediasi) dan Pelaksanaan Kehakiman Mahkamah Persekutuan Malaysia telah ditubuhkan pada 1 Jun 2016. BPPK adalah di bawah seliaan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

FUNGSI

  • Menubuhkan Pusat Mediasi dan Unit Pelaksanaan Kehakiman di setiap Mahkamah Negeri;
  • Menyediakan latihan, bimbingan dan khidmat nasihat berkenaan dengan pengurusan Pusat Mediasi setempat dan Unit Pelaksanaan Kehakiman;
  • Menetapkan dasar-dasar dan polisi berkenaan dengan tatacara mediasi dan pelaksanaan bagi Pusat Mediasi dan Unit Pelaksanaan Kehakiman;
  • Mengawal selia operasi Pusat Mediasi dan Unit Pelaksanaan Kehakiman;
  • Menjadi pusat pengumpulan data dan informasi yang berkaitan dengan Pusat Mediasi dan Unit Pelaksanaan Kehakiman bagi Mahkamah-Mahkamah seluruh Malaysia.

 

Melayu