SEJARAH PENUBUHAN
Pusat Mediasi Mahkamah Pulau Pinang atau dikenali sebagai “Penang Court Mediation Centre” (PCMC) telah mula beroperasi sejak Januari 2016. Ia adalah hasil inisiatif oleh YA Hakim Dato' Lim Chong Fong bersama-sama Pengarah Mahkamah Negeri Pulau Pinang, Puan Zaharah Bt Hussain.
Pada awal penubuhannya, kes-kes yang dirujuk ke PCMC adalah kes-kes sivil Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sahaja. Seterusnya mulai Julai 2016, PCMC menerima kes-kes sivil dari Mahkamah Sesyen Georgetown dan juga Mahkamah Majistret Georgetown. Secara statistiknya, setakat November 2016, PCMC telah merekodkan pendaftaran sebanyak 89 kes dimana 33 kes atau 37% daripadanya telah berjaya diselesaikan secara proses mediasi manakala 32 kes (36%) gagal diselesaikan dan 24 kes lagi (27%) masih dalam proses mediasi.
Buat permulaan ini, mediator adalah di kalangan Yang Arif Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman, Hakim Mahkamah Sesyen, Timbalan Pendaftar dan Penolong Kanan Pendaftar Tugasan diberikan mengikut giliran dan juga mengikut kelapangan tarikh para mediator.
SENARAI NAMA HAKIM/PESURUHJAYA KEHAKIMAN DAN PEGAWAI KEHAKIMAN YANG TELAH DILANTIK SEBAGAI MEDIATOR
Ketua Pusat Mediasi - Puan Ooi Sheow Yean
BIL |
NAMA
|
JAWATAN |
GRED |
1. |
Puan Zaharah Bt Hussain |
Pengarah Mahkamah Pulau Pinang |
JUSA C |
2. |
Tuan Ahzal Fariz bin Ahmad Khairuddin |
Timbalan Pendaftar Pentadbiran |
L52 |
3. |
Puan Umma Devi a/p Loganathan |
Timbalan Pendaftar |
L48 |
4. |
Tuan Arif bin Mohamad Shariff |
Timbalan Pendaftar |
L48 |
5 |
Puan Noor Farah Hazwani bt Osman |
Timbalan Pendaftar |
L48 |
6. |
Puan Chia Huey Ting |
Timbalan Pendaftar |
L48 |
7. |
Puan Diannee Ningrad bt Nor Azahar |
Penolong Kanan Pendaftar |
L44 |
8. |
Tuan Lau Eric |
Penolong Kanan Pendaftar |
L44 |
9. |
Tuan Savinder Singh a/l Jugindar Singh |
Penolong Kanan Pendaftar |
L44 |
10. |
Puan Balqis bt Roslin |
Penolong Kanan Pendaftar |
L41 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|