Mengapa Perlu Mediasi?

 

MEDIASI

Satu kaedah alternatif bagi menyelesaikan kes yang didaftarkan di Mahkamah tanpa melalui tempoh perbicaraan yang panjang.

 

CIRI-CIRI

  1. Kes didaftarkan di Mahkamah Negeri Terengganu
  2. Tiada yuran pendaftaran
  3. Pihak-pihak bersetuju dan sukarela mencuba kaedah penyelesaian secara mediasi dan telah mengisi Borang 1 (Form 1).

 

KELEBIHAN

  1. Pusat Mediasi Kuala Terengganu menyediakan Perantara (Mediator) yang berpengalaman luas dalam pengendalian kes-kes yang memerlukan mediasi.
  2. Menerusi mediasi, pihak-pihak akan menggunakan masa yang telah ditetapkan untuk mencapai kata persetujuan.
  3. Proses mediasi tidak formal dan lebih fleksibel. Pihak-pihak akan lebih selesa untuk berbincang.
  4. Sesi mediasi adalah sulit dan tertutup.
  5. Sekiranya kes gagal diselesaikan secara mediasi, mediator masih boleh membantu pihak-pihak untuk berkomunikasi bagi mencapai sebahagian daripada penyelesaian (partial solution) atau mengurangkan bilangan isu yang perlu diselesaikan di kamar perbicaraan.
  6. Kakitangan Pusat Mediasi Kuala Terengganu sangat mesra dan bersedia membantu pihak-pihak memudahkan urusan mediasi mereka.

 

Malay