Pusat Mediasi Mahkamah Negeri

 

Proses mediasi di negeri Terengganu telah dilaksanakan sejak awal tahun 2011. Pada waktu itu, proses mediasi dijalankan di kamar penolong kanan pendaftar. Mediasi yang berjaya akan terus direkod penghakiman di hadapan hakim/majistret mahkamah berkenaan pada hari yang sama. Mediasi yang gagal akan dikembalikan kepada jurubahasa mahkamah berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

 

Pada suku akhir tahun 2016, satu ruangan di Tingkat 7 di Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu telah diubahsuai untuk dijadikan sebuah Pusat Mediasi Kuala Terengganu. Bermula Disember 2016, Pusat Mediasi Kuala Terengganu beroperasi sepenuhnya. Sebarang kes yang ditetapkan untuk mediasi akan dijalankan di Pusat Mediasi Kuala Terengganu.

 

Pusat Mediasi Kuala Terengganu tidak sahaja menerima pendaftaran mediasi daripada mahkamah sivil sekitar kuala terengganu seperti Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, dan Mahkamah Majistret Kuala Terengganu malahan turut menerima pendaftaran daripada mahkamah-mahkamah daerah seperti Mahkamah Majistret Marang, Mahkamah Majistret Dungun, Mahkamah Sesyen dan Majistret Kemaman, Mahkamah Majistret Kuala Berang, Mahkamah Majisret Setiu dan juga Mahkamah Majistret Besut.

 

Fasiliti ini menyediakan sebuah bilik untuk sesi mediasi, 2 buah bilik caucus, dan 2 ruangan menunggu. terdapat dua orang kakitangan Pusat Mediasi yang ditempatkan di situ bagi memudahkan urusan mediasi.

 

Sebarang pertanyaan untuk Pusat Mediasi Kuala Terengganu boleh diajukan di:-

Melayu