Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa

PENGENALAN

Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa merupakan sayap baru bagi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysian (PKPMP). Penstrukturan semula organisasi PKPMP pada tahun 2016 telah meletakkan bahagian ini di bawah seliaan Pejabat Timbalan Ketua Pendaftar (Polisi). Penubuhan Bahagian ini adalah pada 15 Mac 2016.

FUNGSI

Menjalankan penyelidikan undang-undang dan memberi pendapat mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang antarabangsa yang menyentuh atau membabitkan Badan Kehakiman Malaysia secara komprehensif dalam parameter Perlembagaan Persekutuan, undang-undang dan konvensyen-konvensyen antarabangsa berkaitan yang telah diratifikasi oleh Malaysia yang meliputi hakim-hakim, kehakiman luar negara, Kementerian Luar Negeri, Jabatan Peguam Negara, peguam-peguam dan pegawai-pegawai kehakiman.

Melayu