Theme Color        
Font Size -A A +A
 

MAHKAMAH MAJISTRET SIVIL (KELAS PERTAMA)
• Majistret Kelas Pertama boleh mendengar kes sivil di mana jumlah tuntutannya tidak melebihi RM100,000
MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH (KELAS PERTAMA)
• Boleh mendengar kes jenayah di mana hukuman yang diperuntukan oleh undang-undang ialah denda sahaja (termasuk kesalahan trafik)
• Boleh mendengar kes jenayah di mana tempoh pemenjaraan yang ditetapkan oleh undang-undang adalah tidak melebihi 10 tahun.
• Majistret Kelas Pertama tidak boleh menjatuhkan hukuman penjara melebihi 5 tahun penjara.
• Majistret Kelas Pertama tidak boleh menjatuhkan hukuman denda melebihi RM10,000
• Majistret Kelas Pertama tidak boleh menjatuhkan hukuman sebat melebihi 12 sebatan.
MAHKAMAH MAJISTRET SIVIL (KELAS KEDUA)
• Majistret Kelas Kedua boleh mendengar kes sivil di mana tuntutan Plaintif termasuk faedah tidak melebihi RM10,000.
• Jika tuntutan tersebut tidak melebihi RM5,000, Plaintif boleh memfailkan tindakan di Bahagian Tuntutan Kecil Mahkamah Majistret. Namun, bagi kes tuntutan kecil, pihak-pihak tidak boleh diwakili peguam. Kes adalah diwakili oleh pihak-pihak dalam pertikaian itu sendiri.
MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH (KELAS KEDUA)
• Boleh mendengar kes-kes di mana hukuman yang diperuntukan oleh undang-undang ialah hukuman denda sahaja.
• Boleh mendengar kes-kes di mana tempoh pemenjaraan yang ditetapkan oleh undang-undang tidak melebihi 12 bulan.
• Majistret Kelas Kedua boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak melebihi 6 bulan penjara sahaja.
• Majistret Kelas Kedua boleh menjatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 sahaja.
• Mana-mana gabungan hukuman di atas.